SOCIALIZATION

Tuesday, July 8, 2014

Istimewa Puasa: Asal-Usul Air Katira/Kathira/Kaseer


assalamualaikum!! hai para jemaah teraweh sekalian. buat 8 ke 20? ke buat2 lupa? ihik

hoi hoi ramadhan dah hoi!! syok gila. sebab ramadhan ni macam bonus round la dalam game Crash Bandicoot tu. ataupon macam infinite ammo dalam game Halo. yeah... the feeling is superb! bulan tambah pahala dan kurangkan berat badan! wheee~~

orait. now aku tanak cerita pasal amalan, the do's and don'ts pasal ramadan. aku nak share dengan korang... pasal air katira.

uhuuu.... sedapnya ... sumber

yeaaahhh~

air kathira or ada yang eja kaseer.... belasah la mana satu pon, janji bunyi dia kathira. secara umumnya air kathira ni kaler ijou. hijau. pastu dalam dia ada macam2 isi serdak tok nenek. air kathira ni cukup femes kat negeri johor darul theme park takzim. air ni standardnya specialnya exclusively kita jumpak kat bazar2 ramadan je. bila je bazar ramadan ni? haaa... nak aku jawab dengan lutut ke camne? pikir sendiri. huhu

hatta air kathira ni sangatlah femesnya kat negeri johor, sampai ada yang kata ia berasal atau orang kampung aku cakap originated dari negeri johor. oooo... tapi ada orang johor gtau aku dia asal dari singapore? oooo... tapi ada orang singapore bagitau aku, air kathira ni asal kedah. ooo... eh itu air ketum! eh.

 ada apa dalam tu? satgi kita diskas. now meh aku cerita.. macam mana boleh wujud air katira ni...

al kisah... al kisah maka tersebutlah kisah...

dulu2... negeri johor ni kan terkenal dengan pelabuhan entepot dia. pedagang dari seluroh dunia ada lalu lalang singgah2 sahur ketuk2 ramadan kat situ. maka nak jadi cerita... pada suatu hari, bulan remdan (ramadan) pon menjelma... maka seluruh rakyat johor dan temasek pon menyanyikan lagu raihan 'harapan ramadan' tu dengan penuh gumbira~~

nak jadi cerita lagi... time tu kan ramai pedagang dari China, USSR, Jerman Barat dan Timur Tengah. ok takde kaitan. benornye time tu kebetulan ramai pedagang arab yang berlabuh kat sana. pak-pak arab ni ada satu perangai. dorang ni suka menunjuk-nunjuk kehebatan dorang. semua benda pon dorang nak tunjuk kat warga tempatan, atau lebih senang orang kampung aku kata 'local citizen.'

puak arab ni suka berhibur. sebab tu Nabi sendiri dulu ada sentuh pasal hiburan sebab nabi tau dah kalau tak limit tok-tok arab ni, dorang enjoy lebih lagi dari nora danish enjoy bagi 4 bintang. em em... maka sedari mula pedagang timur tengah ni lepak kat johor, dorang dah masuk jarum sama orang melayu. haaa... segala ghazal gambus zapin tu dorang la ajar sebagai satu bentuk hiburan. jubah, baju labuh, tarbus, geng arab2 ni yang ajor kita pakai yang masa tu orang melayu semua cuma tau pakai baju kulit Topman, Marks & Spencer dan Marc Jacobs je. tulisan jawi pon dorang yang bawak perkenal kat kita. tapi elok gak la. ada la ciri2 islamik, kan. hehe. 

so.. satu petang di bulan ramadan... al kisah maka duduk2lah sang ketua kampung sama nakhoda kapal dagang dari timur tengah yusuff taiyoob~~ berborak-borak hal freemason. tetiba keluar soalan dari tok ketua;

"sheikh. karang nak buka puasa dah ni. ek." pak sheikh tu pon senyum. angguk2. dia balas
"yes. i know that. we brought islam to you, remember?" amboih. skiping londonn... 
"alhamdulillah. ek. so... kitorang biasa bukak puasa sini makan otak2 je sheikh. ek."
"yaa... we olls biasa makan nasik arab hadhralmawt. kambing golek. unta golek. poor you people~"

tok ketua layan je pak arab debab janggut bertocang ikat reben tu. pastu tok ketua tanya

"kat sana tuan sheikh minum apa, ek? dengar kata Brandy dengan Stout tu dah normal. ek?" . tersedak pak arab tu. kantoi. tapi takpe, dia cover balek.
"hey you melayu! tua kutok tak sadar diri! weolls orang arab keturunan nabi. weols minum yang mulia2 tau!" bentak tok sheikh kita tadi sambil hembus asap shisha. "kalau you tak percaya, i boleh tunjuk." nampak? menunjuk lagi. hahaha

pastu tok sheikh tu pon bangun, pegi kat store dalam kapal dia. dia belek semua barang dagangan yang dia bawak. hmmm... ada banyak makanan je. buah2an. dengan bekal air bersih. maklum laa, air kat kepulauan melayu ni masa tu kan banyak bakteria E-coli. lepas tu dia pegi naik dapur kat mezzanine kapal tu cari bini muda dia.

elok je bini pak arab tu baru sudah masak. terkejut dia tengok al-hubbi dia tercungap-cungap masuk dapur.

"yang, kenapa ni?" alahai lembut je suara...
"you. mati i, you. they all nak minum something special. i mana tau air apa. air zam-zam special la tapi they all dah minum musim haji lepas2. camne ni you... malu i nanti, malu!"
"aww... there there." pujuk bini pak arab tadi. "you bagi la minyak dhob kat dorang, buat minum. olive oil ke. em?" tertawa kecil tok sheikh debab tu. pandai bini dia buat lawak.
"you ni kelakar tau. hehe. takpelah, you pegi tengok kat store, ambik je apa2 yang you rasa boleh makan or minum. you buat lah camne pon, janji gempak. sehat berkhasiat dan sedap. ok?"
"ovaltine je lah centu?
"nope! kena guna bahan dari tempat kita. kurma bagai. go go go. i'll wait."

maka bersegeralah sang isteri mithali tadi ke store kapal. ditengoknya keliling... hmm.. ada kurma, kismis, buah kembang semangkuk, biji selasih, kacang badam, gam karaya, susu cair, gula Chuping, air masak... hmm

dia tengok jam Swatch hantaran kawen dia tu, dah nak dekat bukak puasa. kalo ikot masterchef, ada orang jerit "masa anda tinggal sepuluh minit lagi!" so... dia malas pikir banyak, dia amik je serba sedikit apa yang ada tadi tu, bawak masuk dapur. dah pakai apron semua, dia pon campur-aduk lah bahan2 tadi. ada yang di-blend, ada yang dicampur terus. yada yada yada... siaplah sejenis minuman baharu yang dia sendiri tak pernah try rasa. ah gasak lah. ada kurma ada selasih, sedap kalu tentu habes! wah pantun pulak mek arab ni.

elok je si isteri tok arab tadi siap tuang air ciptaan beliau ke dalam cawan2 Pyrex milik dorang untuk dijamu kepada ahli JKKK kat johor tu... maka azan maghrib pon berkumandang~~ perfect timing sungguh. lantas, tok sheikh arab debab tadi jemput tok ketua kampung minum. memuliakan tetamu katanya, (walhal kalo tak sedap or mati, tok ketua mati dulu em em..)

"whoooaaa!! delicious!! tasty!! extraordinary!!" jerit tok ketua gumbira tatkala merasa betapa sedap dan berkhasiatnya air orang arab tu. tau pulak dia berkhasiat. err... "air apa ni, tuan sheikh?"

berpeluh kejap tok arab tu. alahai... air apa pon dia taktau, ni kan pulak nama air. camne ni camne ni... lantas dia dan bini dia yang cun tu saling berpandangan. terus, terbit terpacul dari mulut comel si arab tadi-

"air kathira." - bersempena nama isteri muda beliau yang dah cipta minuman yang power tu. tersipu sipu madame kathira sambil tutup muka dengan dulang, terus lari naik kapal. tak puasa hari tu... cuti. em em...

*****

itulah dia adik2, sedikit sebanyak sejarah atau kisah asal-usul air kathira yang cukup femes di bulan romadhon dan di johor. terpulanglah korang nak percaya atau tak. ahahahaha

ok. aku reka jer cerita kat atas tu. asalnya bukan arab, tapi dari pakistan. alaa.. area2 dekat tu jugak kan huhu. tapi aku reka berpaksikan logik dan nas-nas `aqli la. hehe. ekceli tu karaya gum (gam karaya) tu la kathira/katheer. benda apa tu? nama pun pelik. haaa... tu bahasa hindi. eh pakistan. korang google lah ye. malas cerita panjang benda2 fakta ni. hahaha. kenapa kaler ijou? ekceli kaler asal dia putih keperangan sebab campuran bahan2 tu semua. ye lah, dah ada kurma, kacang, susu bagai... harus la. tapi hijau ni maybe kita dah modify campur pandan kot bagi jadi lebih sedap or lebih wangi or perasa/pewarna semata wallahualam..

susah dah nak jumpak kathira yang original sekarang. kat bazar pon biasanya menipu je banyak. letak pencelup pandan or honeydew, taruk air taruk cincau sama biji selasih sama kembang semangkuk sama gula kabung, letak label kathira. marah betul aku. 'kathira' nye takde pon. bleergghh... 

nah. ni petikan akhbar Utusan pasal air kathira. (1991)

Air Katira Minuman Popular Di Bulan Puasa - sumber


as suggested by member aku si awalludin (rakyat kedah tapi local citizenship johor em em) korang boleh jugak rujuk entri Air Kathira Abu Bakar ni untuk pencerahan yang lebih mulia. hehe

oh! baru teringat. kat area bazar ramadan PKNS shah alam ada satu booth jual air kathira. nama dia label "air kaseer." pretty sure tu air kathira sebab isi kandungan campuran bahan2 air tu memang sebijik ramuan air kathira asli/ori. rege? sebotol mineral kecik RM 4.50. em.... aku tak beli lagi sebab aku rasa mahal. hahaha. korang dah cuba? sila lah! nanti share dengan aku pengalaman korang ok? selamat berpuasa!


10 comments:

MohdIzwan said...

Perghhh..panjang btol cerekarama dia..gigih la den baca smpi abeh..hahaaa..

btw, nnt blk paghit buntaq nak cari jgk la..x pnah cuba pon ayaq nie sepanjang 26 taun idop..hahaaa..

skjuara said...

Kathira bermaksud banyak. Kaseer@katheer@kathira@kaseera adalah benda yg sama, maksudnya banyak. Pastikan "thi@thee" disebut dgn sebutan "si pelat" kerajaan ia menggunakan huruf "tha@sa(pelat)", huruf keempat dlm alphabet Arab.

Antara said...

ooo... camtuu.. mekaseyh atas perkongsian. jadi sebetulnya kalau nak tulih dalam ejaan rumi bahasa melayu, camne ye? nak merujuk kepada air yang saya maksudkan tu. :D ilmu!

skjuara said...

Majoriti peniaga tulis "kathira" dan ia boleh diterima pakai. Kalau nk betul2 ikut makhraj bahasa Arab, ejaan "katheero" la plg sesuai dgn ejaan Arab كثيرا ni. Wallahu a'lam.

Antara said...

terima kasih, skjuara. =) mohon izin ye, saya edit betulkan ejaan2 kat entri ni. thank you for sharing!

skjuara said...

Sama2. Tak perlu minta izin kerna ilmu itu milik mutlak Allah. Teruskan menulis perkara2 ilmiah. Keep it up, bro!

LuLu said...

Gigih baca sinetron pak arab tu, rupanya rekaan semata..cisss haha
Jom p johor! Nak kena rase gak ni..^^

Antara said...

@lulu - hahahaha xD itulah. ekeke. jejomms!!

dot pixis said...

an...skrg kt pkns tu ade lg ke

Antara said...

@dot pixis - puasa taon ni belom sempat jelajah sana. huhu. cer terai situ. takpon kat bazar stadium shalam. besau noharom. potensi nak ada pon besor insyaAllah. hahaha